PENGENALAN

SEJARAH SEKOLAH

Diasaskan pada tahun 1963.Dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yaakob, pada 18 Oktober 1969 atas jawatan beliau sebagai Menteri Pelajaran ketika itu. Nama asal sekolah ialah Sekolah Menengah Perempuan Telok Chengai sebelum ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah, mengambil sempena nama isteri YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Penukaran nama SMKTSR telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Sharifah Rodziah sendiri pada Julai, 1978 apabila beliau dikurniai gelaran Tun. SMKTSR telah berjaya meletakkan nama di kalangan sepuluh buah sekolah pilihan di daerah Kota Star.

LENCANA SEKOLAH SMKTSR

    Obor

Melambangkan kegigihan pendidik membentuk masyarakat berilmu

Warna

Putih     – keikhlasan warga sekolah

Kuning  – kegemilangan dan kejayaan sekolah

Perang Gelap –lambang ketegasan dan kecekalan dalam segala lapangan

Merah    – Keberanian mengharungi kehidupan

PENGENALAN SEKOLAH

Misi

SMK Tun Sharifah Rodziah menjadi sekolah yang cemerlang di daerah kota setar pada tahun 2013

Visi

Memberikan pendidikan yang berkualiti melalui pendekatan yang menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MOTO SEKOLAH

“PENGETAHUAN TANGGA KEJAYAAN”

PENGETAHUAN

Bermaksud ilmu. Bertitik tolak dari pendidikan maka masyarakat beroleh kejayaan

TANGGA

Bermaksud tahap. Satu kejayaan demi satu kejayaan yang akan diperoleh dari segi rohaniah, jasmaniah, dan pemikiran

KEJAYAAN

Bermaksud kegemilangan yang diperoleh setelah masyarakat berilmu dibentuk